PRN Johor: Janji Calon Turun Bagaikan Hujan

Oleh Nurul Aishah

@taqiuddincheman

Tekad saya untuk rakyat DUN Mahkota. Undilah saya, Taqiuddin Cheman. Pangkah Pakatan Harapan! #DUNMahkota #prnjohor #johorbangkit #TaqiuddinCheman

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Kecoh di kalangan netizen terutamanya bagi DUN N29 Mahkota apabila calon pakatan harapan dari parti Amanah, Muhammad Taqiuddin Cheman tiba-tiba membawa ‘manifesto’ sendiri iaitu pelebaran jalan. Penyandang kerusi Mahkota juga dari PH iaitu Muhamad Said Jonit (PKR).

Ramai yang berpendapat, apakah calon ini baru ‘keluar dari gua’ semalam?

Di mana calon ini berada ketika dan selepas pilihanraya umum ke 14 yang lalu?

Butakah matanya dan pekakkah telinganya sepanjang masa itu? Atau adakah beliau buta huruf yang tidak tahu ehwal Johor selama hampir 3 tahun selepas pilihanraya umum tersebut?

Ada yang berpandangan beliau adalah calon tangkap muat sahaja. Tiada rekod di mana-mana parti politik sebelum ini dan kerana pandai mengipas atau membodek maka dijadikan calon oleh pakatan harapan.

Selama 22 bulan pakatan harapan memerintah Johor sebaik sahaja memenangi pilihanraya umum ke 14, di mana beliau berada?

Kenapa sepanjang masa tersebut, tiada satu pun idea yang datang dari calon ini termasuk ‘cadangan pelebaran jalan’ untuk atasi kesesakan jalan di kawasan DUN tersebut?

Adakah ianya idea spontan untuk mengisi atau menjadikan ianya ‘content’ bagi akaun media sosialnya sahaja? Idea cetusan di dalam jamban?

Memilih jalan yang mustahil dibesarkan segera juga menunjukkan beliau tidak arif mengenai ehwal pembangunan infrastruktur.

Calon pakatan harapan tidak melihat di kiri-kanan beliau apakah kos yang terlibat dan sebesar mana kos tersebut? Senangnya keluar dari mulut sekadar untuk berjanji yang tidak perlu dibayar – “janji itu percuma”.

Lihat tangkap layar, keadaan di sekitar jalan tersebut sedang berlakunya pembinaan susur jalan. Kenapa beliau berjanji di kawasan yang sedang rancak penbangunannya?

Netizen turut mempersoalkan ketika menjadi kerajaan negeri selama lebih 22 bulan dan mereka turut berkuasa di pusat pada masa yang sama pun pakatan harapan tidak berbuat apa-apa, inikan pula membuat janji baharu yang tidak masuk akal.

Pengundi DUN Mahkota, elakkan dari kena kencing lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker