Hayun kapak ke arah pegawai JPJ, pemandu lori direman 3 hari

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori balak direman tiga hari kerana menghayunkan kapak ke arah dua pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Kurung Hitam, Padang Terap, Kedah.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Mulkiaman Manzar berkata, suspek berusia 50-an itu yang ditahan semalam, direman mulai hari ini hingga 6 Mac.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebilah kapak dipercayai digunakan dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Dalam kejadian 10.50 pagi semalam, pemandu lori balak itu dikatakan tidak berpuas hati dan enggan bekerjasama, sebelum menghayunkan kapak ke arah pegawai JPJ yang sedang melakukan pemeriksaan sambil menunjukkan dua saman diterimanya Januari lalu.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker