BN Stabil Kerana Hubungan Tulen Dan Ikhlas Parti UMNO, MCA, MIC

BN Stabil Kerana Hubungan Tulen Dan Ikhlas Parti UMNO, MCA, MIC

Parti yang mempunyai hubungan betul-betul tulen penting kepada sesebuah negara agar perancangan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan baik dan sepakat seperti ditunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata kesepakatan itu boleh dilihat daripada gabungan parti komponen UMNO, MCA dan MIC yang selama ini sentiasa bersama walaupun berada dalam keadaan susah senang.

“Apa yang kita nak rancang masa depan bermula dari sekarang sebab itu BN sejak awal penubuhan, sebuah parti yang tawarkan kestabilan dan dengan kestabilan kita dapat rancang terbaik untuk rakyat.

“Realitinya MCA, MIC rakan yang bersama UMNO sejak dahulu tidak pernah putus-putus pada waktu susah senang kita hadapi secara bersama bermakna hubungan dalam BN betul-betul ikhlas dan original bukan hubungan yang dibina kerana kuasa.

“Sebab itu parti yang ada hubungan yang betul-betul tulen ini penting kepada sesebuah negara supaya apabila mereka dapat bersama dalam sebuah kerajaan, keikhlasan wujud dan dapat rancang kerja dengan bagus.

“Sebaliknya kalau tak ikhlas rugi kepada parti. Kesudahannya perancangan panjang dan jangka pendek tidak boleh dirancang dengan betul,” katanya dalam Bicara Nasional bertajuk Kestabilan Ekonomi Menjana Pendapatan Masa Depan di Facebook rasmi Komunikasi BN.

Turut sama dalam sesi tersebut Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dan Setiausaha MCA Negeri Johor, Datuk Ng Keng Heng.

Katanya seperti parti pihak lawan dalam soal lambang sahaja sudah tidak boleh sepakat, selain tidak berani menyebut tentang manifesto mereka dan juga tidak berani menonjolkan calon Menteri Besar bagi Johor.

Jelasnya keadaan itu membuatkan ia bukanlah satu pilihan yang terbaik buat rakyat Johor untuk mengundi mereka dalam PRN Johor.

“Kepada semua parti komponen BN kita ketepikan soal-soal yang boleh ganggu gugat proses pada PRN Johor, ini masanya kita letakkan kepentingan parti lebih dari kepentingan lain.

“Jika kita gagal kita akan sebabkan tempoh lima tahun yang sukar kepada kita sebab itu dalam tempoh berbaki 10 hari kempen ini kita kena bekerja sungguh-sungguh.

“Insya-ALLAH kita yakin tetapi jangn over confident, kerja sungguh-sungguh bukan kerja hanya untuk dapatkan sokongan ahli parti yang penting rakyat, kerana rakyat yang akan memilih terutama pengundi bawah 21 tahun kerana akhirnya pilihanraya ini yang akan tentukan adalah rakyat,” katanya lagi.- BN Online

BN Stabil Kerana Hubungan Tulen Dan Ikhlas Parti UMNO, MCA, MIC

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker