Tak puas hati dipanggil ke Bukit Aman, Ramasamy mahu Mufti Perlis juga disiasat

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy mahu polis mengambil tindakan terhadap Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin

“Saya mahu polis mengambil tindakan terhadap Asri, beliau yang mengapi-apikan sentimen agama dan kaum,” kata Ramasamy di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Ramasamy disoal siasat polis selama dua jam hari ini, berhubung dakwaan “provokasi” dalam hantaran Facebook yang mengaitkan pihak berkuasa agama Perlis dengan pelbagai isu mengenai penukaran agama anak-anak Loh.

Beliau ditemani peguam Shamsher Singh Thind, yang juga mewakili Loh dalam keshak penjagaan anak-anaknya.

Bulan lalu, polis berkata, ia sedang menyiasat Ramasamy berhubung hantarannya yang mencetuskan “ketidakpuasan hati pelbagai pihak”.

Ramasamy disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu kenyataan mengaibkan yang boleh menyebabkan pecah keamanan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker