Hilang Sudah Semangat Setiakawan Di Kalangan Pembesar UMNO

Oleh Megat Terawih

Semangat setia berkawan atau bersahabat amat penting kerana ianya menjamin keutuhan parti. Apatah lagi ianya melibatkan pemimpin parti di peringkat tertinggi.

UMNO juga tidak terkecuali. Parti yang terbesar di Malaysia dan paling berpengalaman di dalam mengurus tadbir negara walaupun tewas di pilihanraya umum ke 14 (PRU14)

Kekalahan tersebut bukan sahaja mencalar imej UMNO malah ianya lebih teruk daripada itu. Hubungan antara ‘ketua dan ahli’ turut rosak teruk. Sudah hilang perasaan hormat kepada pemimpin utama dan juga bekas pemimpin yang masih begitu setia dengan parti.

‘Wallaq’ atau patuh kepada pemimpin sudah semakin pudar dan yang tinggal adalah kecondongan kepada yang boleh memberi manfaat kesenangan diri dan keluarga.

UMNO diuji di peringkat akhir sebelum pilihanraya umum ke 15. Diuji bagaimana menguruskan persahabatan sesama ahli parti dengan menguruskan negara melalui kerajaan campuran kerana kerajaan Malaysia hari ini terbentuk hasil pilihan ahli-ahli parlimen dan bukannya dari mandat rakyat. Keadaan negara tidak stabil dan ini memberi impak kepada penilaian negara luar yang ingin melabur di sini.

Hasil dari ketidak stabilan politik dalam pengurusan kerajaan maka ramai pelabur dari banyak negara kaya mengalihkan pelaburan mereka ke negara jiran yang satu ketika dahulu jauh di belakang Malaysia.

Sebagai parti yang banyak pengalaman dan jasa kepada negara, sikap antara pemimpin perlu diubah segera. Bagaimana ahli parti di akar umbi ingin mengambil tauladan yang baik sekiranya di peringkat tertinggi semakin jelas bercakaran hanya semata-mata ‘takut hilang sesuatu’. Rakan dari parti lain diraikan sedangkan dari parti sendiri dikecam herdik sehingga dibawa ke dewan parlimen. Ianya satu tindakan yang amat dangkal dan mudah dibaca arah haluan politik berkepentingannya.

UMNO parti yang berstruktur sifat pengurusannya malah menjadi contoh kepada parti-parti lain. Tersusun bertertib sehingga ke peringkat paling bawah iaitu akar tunjang parti.

Ada tempat bersidang menentukan hala tuju parti dan ada ruang khas berbincang bagi merungkai kekusutan perbedaan pandangan.

Kenapa harus bertindak menyerang antara satu sama lain di hadapan parti lawan dan paling jelek di hadapan rakyat jelata?

Rakyat bukan ahli parti tetapi ada rakyat yang menyangi UMNO kerana jasa dan pengorbanannya selama ini.

Jangan bertindak demi poket sendiri, berfikir demi kelangsungan parti yang semakin pudat keramatnya ini.

Bangkitlah UMNO dan terus mara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker