PRN Johor: PH, MUDA Tawar Janji Lama

Oleh Megat Terawih

Minggu ini menyaksikan parti politik yang bertanding di pilihanraya negeri mula mengeluarkan tawaran atau janji kepada rakyat Johor.

Samada parti tersebut bertanding secara gabungan atau pun bersendirian. Masing-masing menggunakan pelbagai nama selain manifesto. Mungkin sudah tidak berani menggunakan ‘manifesto’ kerana rakyat beranggapan itu adalah janji. Mungkin cuba menipu dari awal supaya senang apabila menang nanti tidak perlu menunaikan janji kerana itu bukan ‘manifesto’.



Zaman internet di hujung jari sememangnya sukar untuk menipu pengundi dan rakyat. Mudah sahaja untuk membuat carian di internet mengenai sesuatu isu.

Calon dari parti MUDA yang bertanding bagi DUN Wangsa Puteri nampak begitu ghairah berceramah malam tadi sehinggakan apa yang beliau tawarkan kepada rakyat di DUN tersebut sebenarnya sudah basi kerana terang-terang menipu. Janji tersebut dibuat ketika pilihanraya umum ke 14 melalui Pakatan Harapan.

Terbukti apabila menang, pakatan ini mungkir janji dan tergamak mengatakan manifesto bukan kitab suci. Selama 22 bulan memerintah pakatan harapan tidak tunai pun janji seperti yang di tawarkan oleh calon MUDA bagi Dun tersebut.

Jelas kelihatan calon MUDA itu tidak membuat kaji selidik sebelum berceramah. Hanya bercakap apa yang terlintas di benak otaknya sahaja.



Ketika PRU ke14 tahun 2018, pakatan harapan berjanji:-

1. Sejuta peluang pekerjaan
2. Gaji yang lebih tinggi
3. Rakyat Johor/Malaysia tidak perlu lagi bekerja di Singapura.

Apa yang anak muda dan rakyat Malaysia dapat adalah seramai 17,000 penjawat awam ditamatkan perkhidmatan dengan alasan membazir duit negara.



Apakah pengundi dan rakyat DUN Wangsa Puteri sanggup mencuba nasib dengan mengundi kumpulan yang sebati dengan penipuan?

Lima tahun anda bakal pertaruhkan kehidupan anda sekeluarga dan sekiranya silap memilih maka sepanjang lima tahunlah anda sekeluarga bakal merana.

Lima tahun bukan satu jangka masa yang sekejap.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker