PRN Johor: Bekas MB Johor bidas bekas MB Johor

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan punca tarif air tinggi di Johor yang dikatakan tertinggi dalam negara, bukan sekadar menawarkan air percuma sebagai janji pilihan raya, kata Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, isu tarif air yang tinggi juga sudah berlarutan sekian lama dan perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Ini adalah masalah yang telah berlarutan sekian lama, dampak penswastaan sistem bekalan air Johor secara berperingkat bermula 1992. Semua ini akhirnya menyebabkan satu perjanjian konsesi pengedaran bekalan air dimeterai dengan Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) pada 1999 untuk selama selama 30 tahun.



“Menteri Besar Johor pada 1992 adalah Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional sekarang. Mungkin beliau wajar tampil menjelaskan perkara ini,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Khaled berkata pemberian air percuma sudah lama dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“PN seperti tidak ada modal lain untuk ditawarkan kepada rakyat,” katanya.

Katanya, melalui Belanjawan Johor 2021, kerajaan Johor telah melaksanakan Skim Pemberian Air Percuma sebanyak 10 meter padu kepada golongan B40.



“Malah, semasa saya menjadi Menteri Besar pada 2013, kerajaan Johor telah menaikkan pemberian rebat air daripada 20 meter padu kepada 35 meter padu dalam usaha meringankan beban golongan miskin dan miskin tegarnya,” katanya.

PRN Johor: Bekas MB Johor bidas bekas MB Johor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker