Lebih setengah juta jawatan kosong diiklankan tahun lepas
SHAH ALAM – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memberitahu bahawa kekosongan jawatan yang diiklankan dalam talian meningkat lebih daripada dua kali ganda pada suku keempat tahun 2021 iaitu sebanyak 190,436, berbanding suku sama tahun sebelumnya.
Peningkatan jumlah tersebut diperoleh hasil Analisis Data Raya Job Market Insights dan My Job Profile: Lanskap Penawaran Pekerjaan di Malaysia bagi suku ketiga dan keempat 2021.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, bagaimanapun pada suku tahunan, jumlah tersebut menurun sedikit daripada 192,480 jawatan yang diiklankan pada suku ketiga 2021.
“Pada asas bulanan, bilangan jawatan kosong dalam talian yang diiklankan adalah tertinggi di bulan Disember pada 76,193, manakala Oktober dan November masing-masing berjumlah 73,230 dan 41,013,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut beliau berkata, jumlah pekerjaan yang diiklankan dalam talian sepanjang tahun 2021 turut meningkat lebih dua kali ganda daripada 221,384 pada 2020 kepada 536,636 pada 2021.
Menurutnya, kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan pada suku keempat 2021 adalah pekerja kategori profesional (43.1 peratus), diikuti juruteknik dan profesional bersekutu (18.4 peratus) serta pengurus (12.6 peratus).
“Mengikut susunan, lima pekerjaan paling popular yang ditawarkan semasa tempoh rujukan ialah profesional pengiklanan dan pemasaran, profesional bersekutu pentadbiran, pengarah urusan dan ketua eksekutif, akauntan serta juruaudit dan pembangun perisian,” katanya.
Dari perspektif sektor ekonomi pula, Mohd Uzir berkata, perkhidmatan dan pembuatan merupakan sektor yang paling banyak menawarkan pekerjaan pada suku keempat 2021.
“Tiga subsektor perkhidmatan tertinggi yang mengiklankan jawatan kosong tersebut ialah aktiviti perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor, profesional, sainstifik dan teknikal serta kewangan dan insurans atau takaful,” katanya.
Tambah beliau, lima pekerjaan paling hangat berkaitan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) yang diperlukan oleh majikan ialah juruteknik, pereka grafik, jurutera perisian, pengurus projek dan penyelia tapak.
“Dari segi kategori teknikal, pendidikan vokasional dan latihan (TVET), profesional pengiklanan dan pemasaran, profesional bersekutu pentadbiran, pembangun perisian, profesional pentadbiran dan kerani am pejabat adalah lima pekerjaan tertinggi yang ditawarkan pada suku keempat 2021,” katanya.
Berdasarkan geografi, hampir tiga perempat daripada jumlah iklan pekerjaan dalam talian tertumpu di Kuala Lumpur sebanyak 80,478, diikuti Selangor (34,050), Johor (14,470), Pulau Pinang (8,221) dan Melaka (3,668).
Sehubungan itu, Mohd Uzir merumuskan, peningkatan kekosongan jawatan yang diiklankan dalam talian pada suku ketiga dan keempat 2021 terutama perkhidmatan dan pembuatan memberi gambaran yang positif dalam perkembangan ekonomi negara mula bergerak dengan lebih cepat.
“Ini digambarkan oleh usaha syarikat-syarikat untuk menambah pekerja mereka bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap barangan dan perkhidmatan yang semakin berkembang.
“Perkembangan permintaan terhadap tenaga kerja ini juga adalah selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang bertujuan mengurangkan impak pandemik, sekali gus memulihkan ekonomi negara,” katanya.
Lebih setengah juta jawatan kosong diiklankan tahun lepas
Lebih setengah juta jawatan kosong diiklankan tahun lepas
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin