Squid Game menang besar tewaskan gergasi Hollywood dalam SAG Awards

HATRIK buat siri televisyen fenomana global, Squid Game apabila memenangi tiga trofi pada acara berprestij, Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2022 yang berlangsung sebentar tadi.

Squid Game melakar sejarah tersendiri apabila pelakon utamanya iaitu Lee Jung-jae dinobatkan sebagai Pelakon Drama Bersiri Lelaki Terbaik dan HoYeon Jung pula dinamakan sebagai Pelakon Drama Bersiri Wanita Terbaik selain drama berkenaan diangkat sebagai Ensemble Drama Bersiri Televisyen Terbaik.

Pelakon utama Squid Game, Jung-jae (kanan) dan HoYeon mencipta sejarah tersendiri dalam SAG Awards 2022.

“Dah lama saya hanya duduk dan memerhatikan kalian semua di skrin besar, bermimpi suatu hari saya akan jadi seorang aktres. Saya sayang semua kru Squid Game!,” ujar HoYeon ketika memberi ucapan.

Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan produk seni hasil pembikinan industri Korea Selatan bukan hanya ‘mendunia’ dari segi sambutan audiens tetapi juga diberikan pengiktirafan selayaknya di Hollywood.



Squid Game juga mencatat sejarah sebagai siri televisyen bukan berbahasa Inggeris pertama dalam sejarah pernganjuran yang berjaya menang utama lakonan.

Aktor berkaliber, Will Smith diangkat sebagai Pelakon Filem Lelaki Terbaik menerusi filem lakonan, King Richard.

Dalam pada itu, bagi kategori filem, Coda dinamakana sebagai Filem Terbaik menewaskan empat filem dalam senarai pencalonan lain iaitu Belfast, Don’t Look Up, House of Gucci dan King Richard.

Will Smith yang mempamerkan lakonan luar biasa dalam King Richard menang kategori Pelakon Filem Lelaki Terbaik sementara Jessica Chastain menerusi filem The Eyes of Tammy Faye dinamakan sebagai Pelakon Filem Wanita terbaik.

Kejayaan Jessica sekali gus mengenepikan saingan beberapa pelakon handalan lain yang bertanding dalam kategori sama iaitu Olivia Colman, Lady Gaga, Jeniffer Hudson dan Nicole Kidman.



Coda turut mencipta kejayaan berganda apabila pelakonnya, Troy Kotsur memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik sementelah Ariana DeBose membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik hasil keberkesanan lakonan dalam West Side Story.

SAG Awards 2022 berlangsung di Barker Hangar, Santa Monica, California, Amerika Syarikat. Acara berkenaan merupakan antara yang berprestij di peringkat antarabangsa selepas Academy Awards dan British Academy Film Awards.

Squid Game menang besar tewaskan gergasi Hollywood dalam SAG Awards


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker