Ghost of Kiev tumpaskan 6 pesawat Rusia

Ghost of Kiev tumpaskan 6 pesawat Rusia

KIEV – Kisah seorang juruterbang Ukraine yang dikatakan menumpaskan enam pesawat Rusia tular di Twitter dengan pengguna laman tersebut berharap khabar angin yang tersebar di Ukraine itu benar, lapor akhbar Daily Star UK.

Kejayaan menewaskan lima atau lebih pesawat dalam pertempuran di udara adalah sesuatu yang amat luar biasa. Juruterbang yang digelar ‘Ghost of Kiev’ itu mungkin yang pertama mencatat pencapaian sedemikian pada abad ke-21.

Laporan berkaitan kepahlawanan juruterbang itu tersebar dalam kalangan anggota barisan hadapan dan pantas tukar di media sosial.



Dakwaan juruterbang ‘Ghost of Kiev’ membawa jet pejuang MiG-29 itu dilihat sebagai simbol harapan dengan beberapa video tular mengenai jenis jet sama terbang di langit Ukraine.

Menurut akhbar Sepanyol, Marca, juruterbang itu dipercayai menjatuhkan dua pesawat pejuang SU-35, satu pesawat SU-27, satu pesawat MiG-29 dan dua pesawat SU-25.

Pengguna di laman Twitter kecoh berkenaan kisah tersebut walaupun tiada laporan rasmi mengenai juruterbang berkenaan.

“Ghost of Kiev melindungi beribu-ribu nyawa. Diberkatilah kamu, askar Ukraine yang berani,’’ demikian ciapan seorang pengguna.



“Membaca tentang Ghost of Kiev membuatkan saya meremang. Keberanian dan kecemerlangan penduduk Ukraine sebenarnya mungkin mempunyai peluang,” tulis netizen lain. K Online

Ghost of Kiev tumpaskan 6 pesawat Rusia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker