Lagi calon PKR disahkan positif Covid-19

Lagi calon PKR disahkan positif Covid-19

Seorang calon PKR pada pilihan raya negeri (PRN) Johor disahkan positif Covid-19, sekali gus menjadi calon kedua daripada parti itu dijangkiti wabak.

Arthur Chiong, yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, memohon mana-mana individu yang bertemu dengannya secara fizikal dalam tempoh beberapa hari lalu, menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan Covid-19.



Chiong berkata, beliau dikesan positif selepas menjalani ujian rapid antigen (RTK), yang mana katanya diambil secara harian sebelum memulakan program demi keselamatan orang sekelilingnya.

“Saya memohon maaf kerana terpaksa membatalkan segala perancangan program yang telah diaturkan. Walau bagaimanapun, pasukan kempen saya akan meneruskan kesemua aktiviti yang telah dirancang.

“Saya sendiri akan meneruskan aktiviti kempen secara online dan digital, termasuk melalui WhatsApp, Facebook dan saluran media sosial yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Dua hari lalu, Pejuang terpaksa menukar calonnya pada saat akhir bagi DUN Endau selepas calon asal, Zaini Tahar, disahkan positif Covid-19. Calon itu kemudian digantikan dengan Noorhisyam Ibrahim.



Pada 17 Feb, calon PKR bagi DUN Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain, disahkan positif wabak selepas menjalani ujian rutin RTK.
FMT

Lagi calon PKR disahkan positif Covid-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker