PRN Johor: Muhyiddin Bakal Turunkan Nika Gee?

Oleh Nurul Aishah

Belum pun masuk hari ketiga, kata-kata atau ayat “Muhyiddin menipu apa hari ini” tiba-tiba menjadi viral. Meniti di medium internet.

“Kami agak malu” kata seorang petugas di bilik gerakan. Malu kerana presiden parti sentiasa menipu di setiap ceramah beliau sebelum hari penamaan calon lagi.



Isu pengeluaran KWSP yang dibawa oleh Muhyiddin dengan membawa nama Najib sebagai objek serangan adalah fakta yang begitu dangkal kata petugas tersebut lagi.

Rakyat tahu bahawa isu pengeluaran wang KWSP dibawa oleh Najib dan bukannya Muhyiddin malah Muhyiddin sendiri yang memberikan pelbagai alasan untuk menghalang pengeluaran tersebut di saat rakyat terkesan dengan wabak covid19.

Kenapa sampai perlu menipu? katanya lagi.

Begitu juga dengan isu 1MDB. Muhyiddin seolah tidak mengikuti perkembangan mutakhir mengenai keterlibatan suami bekas Gabenor Bank Negara yang ada wang RM700 juta di dalam akaunnya. Malu kami, kata petugas lagi. Apatah lagi dengan kisah pendakwaan di mahkamah Amerika, bekas CEO Astro turut terlibat dan dirasuah dengan rumah mewah bernilai RM40juta di London. Apakah Muhyiddin tidak tahu?



“Hari-hari menipu akhirnya akan memakan diri” sambungnya lagi.

Sepatutnya Muhyiddin bawa Nika Gee ke pentas ceramah untuk menafikan dakwaan beliau ada hubungan haram atau zina seperti yang didakwa oleh suami Nika Gee. Mungkin PPBM boleh menang dan nama Muhyiddin kembali bersih.

Belum lagi cerita Muhyiddin ketika menjadi MB Johor. Isu tanah milik Melayu tergadai?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker