Pemimpin Amanah hipokrit, jangan mimpi nak kerjasama dengan Umno, kata Asyraf kepada Khalid


Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin Amanah supaya tidak “bermimpi di siang hari” mahu bekerjasama dengan Umno.

Malah, beliau menegaskan Umno tidak pernah mempunyai sebarang perancangan untuk menjalinkan kerjasama politik dengan parti yang dipimpin oleh golongan hipokrit seperti Amanah.

“Siapa yang nak kerjasama dengan Amanah? Mereka ini ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

“Sudahlah menuduh Umno macam-macam, sedangkan mereka sendiri pun baru 22 bulan memerintah,” katanya kepada FMT.



Beliau juga menyebut dakwaan rasuah terhadap beberapa individu berkaitan dengan Amanah, seperti setiausaha politik presiden parti itu, Mohamad Sabu.

“Bukan itu saja mereka sendiri bersama DAP yang ternyata mempunyai pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah terowong dan banglo, ditarik balik pendakwaan, bahkan perbicaraan, apabila naik berkuasa.

“Jadi usah bersifat hipokrit bak pepatah ‘kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’,” katanya.

Asyraf berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad semalam, yang menegaskan parti itu hanya akan mempertimbangkan kerjasama dengan Umno sekiranya ia “insaf”, termasuk perlu menerima Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.



Khalid, yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan berkata, selagi Umno tidak kembali ke pangkal jalan, masih dibebani politik rasuah, salah guna kuasa dan kleptokrasi, pihaknya tetap kekal dengan prinsip dan matlamat yang jelas untuk tidak bekerjasama dengan parti itu.

“Saya ulangi sejarah Amanah. Parti ini ditubuhkan kerana PAS ketika itu hendak bekerjasama dengan Umno, rancangan yang dibantah 18 daripada 24 pemimpin PAS dalam jawatankuasa pusat,” kata beliau.

“Namun, kerjasama dengan Umno dilakukan juga oleh kepemimpinan PAS di belakang tabir. Apabila kita dapat tahu dan bantah, kita dijatuhkan hukum pada Muktamar Pas Pusat 2015.

“Serentak itu juga PAS putuskan hubungan dengan DAP dan secara automatik keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), dan parti Amanah ditubuhkan,” kata beliau dalam sidang media di pejabatnya semalam.



Khalid berkata, kerjasama PAS-Umno menyebabkan perbalahan dalam PR dan berpotensi mengakibatkan perkara sama dalam Pakatan Harapan sekiranya tidak ditangani dengan baik. FMT

https://mykmu.net/2017/09/16/najib-minta-tun-dr-mahathir-jangan-hipokrit/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker