Kerajaan sedia bantu Melayu Champa, isi peluang pekerja di Malaysia

Kerajaan sedia bantu Melayu Champa, isi peluang pekerja di Malaysia

Masyarakat Melayu Champa di Kemboja terus dibantu kerajaan dan masyarakat di negara ini terutama membabitkan aspek pendidikan serta pekerjaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masyarakat Melayu Islam Champa turut dilihat berpotensi bagi mengisi ruang peluang pekerjaan di negara ini selepas melihat persamaan agama, bahasa, adat dan budaya serta makanan dengan masyarakat Melayu Malaysia.

Justeru, katanya, perkara tersebut telah dibincangkan bersama Menteri Kanan Tugas-tugas Khas Hal Ehwal Islam Kemboja Datuk Dr. Othsman Hassan.

“Perbincangan dengan Perdana Menteri Kemboja Samdech Techno Hun Sen turut menyentuh isu sumber manusia khususnya membabitkan permintaan untuk pekerja domestik beragama Islam di Malaysia.

“Peluang pekerjaan seumpama ini boleh diisi oleh masyarakat Melayu Islam Champa kerana persamaan agama, bahasa, adat dan budaya serta makanan dengan masyarakat Melayu Islam di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menzahirkan penghargaan kepada Hun Sen dengan jemputan diterima olehnya.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Samdech Techo Hun Sen atas jemputan dan layanan amat baik kepada delegasi Malaysia,” ujarnya.

Ismail Sabri dalam masa yang sama berkata, pelabur Malaysia dan Kemboja turut digalak melaksanakan kolaborasi dalam sektor baharu yang berpotensi seperti industri halal, teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan siber dan Fintech.

Bagi pelabur Malaysia katanya turut dipelawa terlibat secara langsung dalam industri pemprosesan beras di Kemboja. Utusan

Kerajaan sedia bantu Melayu Champa, isi peluang pekerja di Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker