Pusat kesihatan rupanya sarang pelacuran
Pusat kesihatan rupanya sarang pelacuran
Kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kesihatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, terbongkar dalam serbuan polis, hari ini.
Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan serbuan Op Noda di premis berkenaan kira-kira 7 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, seramai enam wanita tempatan yang disyaki pelacur berjaya ditahan.
“Polis turut menahan tiga lelaki tempatan yang mengaku sebagai penjaga premis.
“Pemeriksaan kemudian merampas pelbagai kondom, tuala, minyak urut dan wang tunai berjumlah RM2,035,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 373 serta 372B Kanun Keseksaan. HM
Pusat kesihatan rupanya sarang pelacuran
Baca Artikel Menarik:
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/
Pemandu tayang gari disahkan anggota polis