Pemandu dipercayai mabuk langgar MPV polis ketika rondaan di Semabok
Pemandu dipercayai mabuk langgar MPV polis ketika rondaan di Semabok

MELAKA: Seorang pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas melanggar Unit Kereta Peronda (MPV) polis yang sedang berhenti di bahu jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (Lebuh AMJ) di Semabok, di sini pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superitendan Muhammad Zaki Ramat berkata dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, anggota MPV terlibat sedang melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan lain dalam tugasan rondaan di kawasan pentadbiran Balai Polis Kandang dan Balai Polis Tiang Dua.
“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, MPV polis telah berhenti di bahu jalan dengan lampu ‘beacon’ serta lampu kecemasan dipasang bagi menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan sebelum sebuah kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun yang datang dari arah belakang melanggar bahagian sisi kanan belakang MPV tersebut.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut dan kemalangan hanya melibatkan kerosakan pada kedua-dua kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saat Akhir Kempen Jentera Perlu Kekal Fokus – Megat Zulkarnain
- Berhenti Persenda Syiar Islam, Pemimpin PKR Dibidas
- Kisah 10 Anak Yatim Perteguh Komitmen Wanita UMNO Sabah
Muhammad Zaki berkata ujian saringan pernafasan ke atas pemandu terbabit mendapati bacaan anggaran kandungan alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan manakala saringan air kencing negatif dadah.
Beliau berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemandu dipercayai mabuk langgar MPV polis ketika rondaan di Semabok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ambil Iktibar Peristiwa 2018, Terus Dekati Rakyat Demi Kemenangan
- Prestasi Terbukti, Rakyat Mahu BN Terus Tadbir Johor
- PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.