Seorang maut, dua beranak parah dua kereta bertembung di Tampin
Seorang maut, dua beranak parah dua kereta bertembung di Tampin

TAMPIN: Seorang maut manakala dua beranak parah selepas kereta mereka naiki terbabit kemalangan berhampiran Kilometer (KM) 11, Jalan Jelai- Pasir Besar, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna biru dengan sebuah kereta jenis Proton Wira warna hijau.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berumur 43 tahun yang ditemani anak lelakinya berumur tujuh tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Ulu Ladang menghala ke F&N Jelai.
“Apabila tiba di lokasi, sebuah Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berumur 38 tahun dikatakan hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan dan terus melanggar bahagian hadapan Perodua Axia,” katanya di sini, hari ini.
Amiruddien berkata akibat kemalangan itu, pemandu Proton Wira berkenaan parah pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saat Akhir Kempen Jentera Perlu Kekal Fokus – Megat Zulkarnain
- Berhenti Persenda Syiar Islam, Pemimpin PKR Dibidas
- Kisah 10 Anak Yatim Perteguh Komitmen Wanita UMNO Sabah
Katanya, pemandu dan penumpang Perodua Axia mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan lanjut manakala mayat lelak itu dibawa ke hospital sama untuk mengenal pasti punca kematian.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Daerah Tampin di talian 06-4412502.
Seorang maut, dua beranak parah dua kereta bertembung di Tampin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ambil Iktibar Peristiwa 2018, Terus Dekati Rakyat Demi Kemenangan
- Prestasi Terbukti, Rakyat Mahu BN Terus Tadbir Johor
- PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.