Satu maut, 3 cedera nahas dua kereta di Bukit Kemangi

Satu maut, 3 cedera nahas dua kereta di Bukit Kemangi

Satu maut, 3 cedera nahas dua kereta di Bukit Kemangi
Anggota Bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Bukit Kemangi, Jalan Baling – Grik, awal pagi tadi. – Foto ihsan BOMBA

BALING: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan dua kereta di Bukit Kemangi, Jalan Baling – Grik, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.14 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan Proton Saga dan Proton Waja.

“Komander Operasi memaklumkan, terdapat kemalangan membabitkan Proton Saga dinaiki tiga lelaki yang juga pekerja sebuah restoran makanan segera manakala Proton Waja dinaiki seorang lelaki.

“Seorang penumpang dalam kereta Proton Saga disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun mangsa tidak tersepit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Onn Hafiz Tidak Pernah Khianat – Ahmad Zahid


“Pemandu kereta Proton Waja pula cedera tersepit di tempat duduk pemandu.

“Dua lagi mangsa termasuk pemandu dalam kereta Proton Saga turut cedera dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan, ” katanya dihubungi hari ini.

Beliau berkata, setakat ini identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

“Kemalangan itu menyebabkan kesesakan hampir satu kilometer di kedua-dua hala walaupun pada awal pagi dan laluan ini dipercayai kerap berlaku kemalangan,” katanya.

Satu maut, 3 cedera nahas dua kereta di Bukit Kemangi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid


 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker