Pemandu lori terbabit kemalangan rupanya kena serangan jantung

Pemandu lori terbabit kemalangan rupanya kena serangan jantung

Pemandu lori terbabit kemalangan rupanya kena serangan jantung
Seorang pemandu lori warga emas meninggal dunia selepas dipercayai mengalami serangan jantung di Jalan Pintasan Kajang-Semenyih, Kajang, semalam. – Foto tangkap layar video tular

KAJANG: Pemandu lori meninggal dunia selepas dipercayai terkena serangan jantung ketika memandu sebelum kenderaannya terbabit dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kajang-Semenyih, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu membabitkan lori dan Honda yang dipandu wanita tempatan berusia 46 tahun.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 64 tahun ketika itu dalam perjalanan dari Sungai Buloh menuju ke Semenyih, sebelum dipercayai mengalami serangan jantung sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Akibat kejadian itu, lori dipandu mangsa telah mengundur lalu melanggar kereta Honda yang berada di belakang,” katanya kepada media hari ini.

Naazron berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan saluran jantungnya yang tersumbat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Onn Hafiz Tidak Pernah Khianat – Ahmad Zahid


“Kes kemalangan itu disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya Malaysia 1959, manakala kes kematian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan,” katanya.

Pemandu lori terbabit kemalangan rupanya kena serangan jantung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid


 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker