Polis minta bantuan cari Fatimah Abdullah

Polis minta bantuan cari Fatimah Abdullah

Polis minta bantuan cari Fatimah Abdullah
Ramaja berusia 17 tahun, Fatimah Abdullah dilaporkan hilang dari kediamannya di sebuah apartment di Taman Sutera, Kajang, sejak awal pagi semalam. – Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di sebuah apartment di Taman Sutera, Kajang, dekat sini, sejak awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu pada jam 12.21 tengah malam hari ini.

Katanya, remaja dikenali sebagai Fatimah Abdullah, berusia 17 tahun lima bulan, dipercayai hilang sejak jam 3.30 pagi, semalam.

“Remaja itu berketinggian kira-kira 150 sentimeter (cm), seberat 54 kilogram (kg), berbadan berisi, berambut lurus dan berkulit putih.

“Lokasi terakhir mangsa dilihat adalah di Apartment Teratai, Taman Sutera, Kajang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 bagi membantu siasatan.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Faisal Hakim Tanzali di talian 011-33337701.

Polis minta bantuan cari Fatimah Abdullah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid


 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker