Mbappe, Dembele bawa Perancis ke separuh akhir
Mbappe, Dembele bawa Perancis ke separuh akhir

Foxborough: Kylian Mbappe menebus kegagalan menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama apabila menjaringkan gol pembukaan yang memukau untuk membantu Perancis menewaskan Maghribi 2-0 dan mara ke separuh akhir Piala Dunia, awal pagi tadi.
Mbappe yang gagal menewaskan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou menerusi sepakan penalti pada minit ke-25 bangkit memecahkan kebuntuan pada minit ke-60 menerusi rembatan lencong menarik dari luar kotak penalti.
Gol itu adalah jaringan kelapan Mbappe dalam kejohanan kali ini sekali gus mengikat kedudukannya dengan Lionel Messi dalam perebutan Kasut Emas.
Sebelum dikeluarkan pada penghujung perlawanan sambil meletakkan pek ais pada buku lali kanannya, Mbappe turut mencipta bantuan gol buat Ousmane Dembele yang mengesahkan kemenangan Perancis di Stadium Gillette yang disaksikan 63,811 penonton.
Les Bleus kini akan berdepan pemenang antara Sepanyol dan Belgium pada aksi separuh akhir di Dallas, Selasa depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saat Akhir Kempen Jentera Perlu Kekal Fokus – Megat Zulkarnain
- Berhenti Persenda Syiar Islam, Pemimpin PKR Dibidas
- Kisah 10 Anak Yatim Perteguh Komitmen Wanita UMNO Sabah
Perancis yang muncul juara dunia pada 2018 dan naib juara pada 2022 kini semakin hampir untuk mara ke final ketiga berturut-turut dalam kejohanan terakhir Didier Deschamps sebagai ketua jurulatih.
Ketiadaan tonggak serangan Maghribi, Ismael Saibari yang cedera jelas menjejaskan keupayaan pasukan itu untuk mencipta ancaman, manakala Perancis pula mengekalkan rekod tanpa bolos dalam tiga aksi kalah mati berturut-turut.
Mbappe terus membuktikan statusnya sebagai antara penyerang terbaik dunia apabila kini mengumpul 20 gol dalam 20 penampilan Piala Dunia, hanya satu gol di belakang rekod keseluruhan Messi yang memiliki 21 jaringan.
Maghribi yang mendapat sokongan padu penyokong mereka sebenarnya berusaha memberikan tentangan sengit, namun gagal menemui sentuhan penyudah yang berkesan.
Perancis hampir mendahului lebih awal menerusi Desire Doue dan Lucas Digne, namun kecemerlangan Bounou memastikan kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat babak pertama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cikgu Syar’e Komited Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua
- PRN Johor: Peluang Rakyat Hantar Mesej Tegas Kepada PH
Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai
Pasukan Deschamps akhirnya memperoleh ganjaran pada minit ke-60 apabila Doue melorongkan bola kepada Mbappe yang mengawal kemas sebelum melepaskan rembatan lencong menewaskan Bounou.
Enam minit kemudian, Mbappe sekali lagi memainkan peranan penting apabila lorongannya membuka ruang kepada Dembele untuk melepaskan rembatan rendah yang gagal dihalang Bounou bagi memastikan kemenangan 2-0.
Dembele yang juga pemenang Ballon d’Or tahun ini sudah menjaringkan lima gol pada Piala Dunia 2026, namun pentas tetap menjadi milik Mbappe yang terus mencuri tumpuan di Amerika Syarikat.
Mbappe, Dembele bawa Perancis ke separuh akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ambil Iktibar Peristiwa 2018, Terus Dekati Rakyat Demi Kemenangan
- Prestasi Terbukti, Rakyat Mahu BN Terus Tadbir Johor
- PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.