Scammer baju raya di Instagram
PETALING JAYA – Penipu atau scammer kini dikesan mula rancak memperdaya orang ramai terutama wanita melalui penjualan baju raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada Mei ini.
Mengikut modus operandi, penipu terbabit memuat naik gambar pakaian milik peniaga lain di Instagram pada harga lebih murah untuk menarik perhatian orang ramai supaya membuat pembelian.
Harga sepasang baju kurung moden yang dijual peniaga sebenar adalah RM180, manakala akaun penipu pula menjual tiga pasang baju sama pada harga RM200.
Seorang mangsa, Nur Azahani Mohd. Saas berkata, dia menjadi mangsa selepas tertarik dengan iklan baju raya di satu akaun Instagram pada pada pukul 4 petang, 12 Februari lalu.
“Kebetulan saya memang sedang mencari baju raya Aidilfitri tahun ini, Selepas ternampak iklan berkenaan saya terus menghubungi penjual melalui aplikasi WhatsApp dan memilih pakaian yang hendak dibeli.
“Pemilik akaun itu memberikan butiran nombor akaun bank milik individu dan saya dikehendaki membayar sebanyak RM110. Pada pukul 5 petang, saya menerima mesej daripada penjual meminta bayaran RM110 lagi kerana barang yang dipesan ditahan pihak kastam.
“Pada pukul 7.30 malam saya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki meminta bayaran tambahan sebanyak RM110 lagi dengan alasan sama dan saya mengesyaki ini satu penipuan,” katanya yang telah membuat laporan polis di Ipoh.
Seorang lagi mangsa dikenali Wawa mendakwa, dia menjadi mangsa penipuan selepas tertarik membeli tiga helai baju kurung sempena hari raya di Instagram pada 13 Februari lalu.
“Saya menekan link WhatsApp yang diberikan untuk membuat pesanan membeli baju kurung.
“Setelah membuat bayaran sebanyak RM200 secara online ke akaun bank milik individu, saya mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang meminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM450.
“Saya rasa seperti ada yang tidak kena dan mengesyaki telah ditipu,” jelasnya.
Sementara itu, penjual rasmi yang menjual baju kurung tersebut di Instagram, @Kebayakaftanbatik tidak menyangka ada individu yang tidak bertanggungjawab sanggup mengambil kesempatan menggunakan gambar pakaiannya untuk tujuan menipu orang ramai.
“Bukan seorang (penipu) tetapi sudah ada 17 scammer yang menggunakan gambar yang dimuat naik daripada Instagram kedai kami.
“Saya juga berharap pihak polis mengambil tindakan atas penipu-penipu ini,” ujarnya.
Scammer baju raya di Instagram
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’
- Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin
- Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli
You must be logged in to post a comment.