Peluang menetap di Disneyland

omuniti Cotino diilhamkan oleh pasukan Imagineering yang menghasilkan kesan-kesan ajaib di taman tema Disneyland. – Flickr

RIVERSIDE, CALIFORNIA – Taman tema Disneyland bakal membangunkan sebuah komuniti perbandaran, khusus buat para peminatnya agar mereka dapat menikmati kehidupan di lokasi yang digelar sebagai paling bahagia di dunia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut pengurusan taman tema tersebut, kawasan komuniti padang pasir itu diilhamkan oleh pasukan Imagineering yang menghasilkan imej janaan komputer ajaib di taman temanya.

Bandar yang digelar sebagai Cotino itu akan dikendalikan oleh para pelakon di Disneyland dan meliputi kawasan lagun biru seluas 9.7 hektar di Lembah Coachella, California.

Pengerusi Disney Parks, Pengalaman dan Produk, Josh D’Amaro berkata, mereka yang menetap di Cotino dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Disney untuk sepanjang masa.



“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan penduduk di komuniti indah dan unik milik Disney ini, di mana mereka boleh menjalani kehidupan dengan penuh kegembiraan.

“Setiap elemen dalam komuniti ini akan diselitkan dalam sebuah cerita,” katanya.

Bandar Cotino merangkumi 1,900 kediaman yang dibangunkan pada tanah seluas 250 hektar dan akan turut mengetengahkan sebuah kawasan kejiranan untuk peminat Disney berusia lebih 55 tahun. – AGENSI

Peluang menetap di Disneyland




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim



Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker