Tommy Thomas disuap lepaskan anak taikun, Peguam Kanan mohon SPRM siasat

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan bahawa bekas peguam negara Tommy Thomas telah melepaskan secara salah anak hartawan Vincent Tan daripada pertuduhan dadah.

Mohamed Haniff berkata, pihak polis mesti menyiasat pemberi maklumat, pihak polis, pendakwa raya, dan semua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Sama ada perkara itu betul atau tidak, memandangkan ada pendedahan dan ada sangkalan oleh Thomas, perkara ini wajib disiasat.

“Soal kenyataan awal oleh Thomas itu adalah dipuji, tetapi ini tidak bermakna fail ditutup dengan kenyataan itu,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook hari ini.

Tentang keperluan untuk menyiasat pemberi maklumat, Haniff berkata ia bagi memastikan sama ada maklumat dalam kes itu telah dikemukakan kepada pihak berkuasa, seperti disyaratkan untuk perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Akaun Twitter Edisi Khas hari ini menuduh salah seorang anak Tan ditahan atas pertuduhan dadah pada 2019 tetapi Thomas telah mengklasifikasikan kes itu sebagai “tiada tindakan lanjut (NFA)”.

Thomas dalam responsnya berkata selepas anak Tan didakwa, peguam tertuduh telah mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Katanya, selepas membincangkan hal itu dengan pasukan pendakwaan, dia telah mengurangkan pertuduhan.

Thomas bagaimanapun menafikan berlakunya korupsi dalam keputusannya itu.

Difahamkan anak lelaki Tan dijatuhkan hukuman pada 10 Feb 2020 oleh seorang majistret di Kuala Lumpur.

Pada masa itu, Malaysiakini sudah cuba untuk mendapatkan kertas pertuduhan daripada timbalan pendakwa raya, namun permintaan itu ditolak.

Edisi Khas mendakwa pertuduhan itu dikurangkan daripada pemilikan dadah kepada pertuduhan diuji positif dadah.

Tommy Thomas disuap lepaskan anak taikun, Peguam Kanan mohon SPRM siasat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker