Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
Keengganan murid lelaki berusia 10 tahun ke sekolah sejak Januari lalu membongkar kejadian amang seksual yang didakwa membabitkan gurunya di sebuah sekolah di Putrajaya.
Menurut sumber, kejadian itu dilaporkan hanya disedari keluarganya selepas dipujuk kerana enggan ke sekolah sebelum diberitahu dia menjadi mangsa amang seksual guru terbabit sejak tahun lalu.
“Ahli keluarganya yang tidak berpuas hati kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah kelmarin, sebelum dinasihatkan untuk membuat laporan polis.
“Susulan itu, mereka tampil membuat laporan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Setakat ini, suspek masih belum ditahan dan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. HM
Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
Baca Artikel Menarik:
- Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
- Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
- Farhash tidak suka Rafizi
- PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
- Sultan Johor undi kali terakhir
- Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
- Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
- Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
- Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
- PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
- Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini
You must be logged in to post a comment.