Amirudin vs Azmin, siapa bakal tewas siapa bakal kecundang di Gombak

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, memiliki potensi dan kelebihan tersendiri untuk merampas kerusi Parlimen Gombak, daripada penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis Politik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Amirudin mempunyai peluang lebih cerah untuk menang di kerusi berkenaan kerana statusnya sebagai Menteri Besar dan mendapat sokongan jentera kerajaan negeri.

Jelasnya, Amirudin juga memiliki kekuatan undi bukan Melayu serta penyokong PH.



Akuinya, pertembungan di antara kedua-dua pemimpin merebut kerusi Parlimen Gombak juga dilihat amat menarik kerana Amirudin pernah dilabelkan sebagai ‘budak Azmin’ dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Awang Azman berkata, perebutan kerusi Gombak menjadi bertambah unik kerana kedua-duanya bukan sekadar kawan baik, malah Amirudin pernah menjadi sebahagian daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor semasa Mohamad Azmin memegang jawatan Menteri Besar suatu ketika dulu.

“Walaupun Mohamed Azmin pernah menjadi Timbalan Presiden PKR dan bekas Menteri Besar Selangor, namun kita kena ingat siapakah ketua kerajaan negeri sekarang.

“Biarpun nama Amirudin tidak sebesar Mohamed Azmin, namun beliau tetap ada kelebihan tersendiri kerana boleh menggerakkan jentera kerajaan negeri untuk membantu kempennya susulan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor belum dibubarkan,” katanya pada Khamis.



Awang Azman tidak menolak kemungkinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menamakan Amirudin bagi menentang Mohamed Azmin sebagai strategi memisahkan dua individu itu.

“Ia strategi serampang dua mata Anwar iaitu pertama untuk mengurangkan keakraban Amirudin dan Mohamed Azmin serta keduanya, membolehkan PH merampas kembali kerusi Parlimen Gombak daripada bekas Timbalan Presiden PKR itu.

“Amirudin sendiri sudah pasti mahu membuktikan kesetiaannya kepada Anwar dan PKR dengan menentang Mohamed Azmin,” katanya.

Pun begitu tegas Awang Azman, pertembungan dua figura politik itu juga memberi manfaat kepada BN.



“Mohamed Azmin menang PRU14 di Parlimen Gombak atas tiket PKR. Apabila beliau bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional, belum tentu beliau boleh ulangi kejayaan seperti PRU14 kerana undi di kawasan itu berpecah,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker