Ayuh Khan dedah punca kenapa jenayah berat berkaitan dadah berlaku

Ahli keluarga yang malu dan merahsiakan pembabitan individu aktif dengan penyalahgunaan dadah adalah antara punca kepada perlakukan jenayah sehingga berlaku kes bunuh diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan merahsiakan akan menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat mengambil langkah awal bagi mengatasi masalah ketagihan dadah hingga menyebabkan berlakunya kes jenayah berat.

“Segelintir masyarakat kurang peka atau prihatin dengan keadaan jiran atau yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



“Sikap ambil tahu atau peka juga semakin terhakis pada masa ini disebabkan masing-masing memfokuskan kepada mencari nafkah semata-mata dalam tempoh pandemik,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Rabu lalu, seorang wanita berusia 54 tahun mati dengan lehernya putus selepas disyaki dibunuh anak tirinya menggunakan parang di Kampung Dalam Senduk, Jerek, Gua Musang.

Dalam pada itu, Ayob berkata, apabila keluarga dan masyarakat tidak membantu maka sukar program rawatan dan pemulihan dapat dilaksanakan ke atas penagih dadah tegar.

“Ia adalah disebabkan ahli keluarga penagih yang enggan bekerjasama untuk membantu ahli keluarga mereka yang ketagihan dadah kepada pihak berkuasa.



“Tindakan tidak ambil peduli ini akan memperlihatkan pihak kerajaan gagal membantu golongan penagih dadah sepenuhnya,” katanya.

Berdasarkan statistik JSJN Bukit Aman, seramai 99 penagih dadah terbabit dalam jenayah berat sepanjang tahun ini.

Manakala 354 orang penagih dikesan terbabit jenayah berat sepanjang tahun lalu.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini



BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker