Siapa ‘orang asing’ mahu diberi kad warga asing? Madius soal Hamzah

Siapa ‘orang asing’ mahu diberi kad warga asing? Madius soal Hamzah

Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau meminta Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menjelaskan siapakah “orang asing” yang dikenalpasti untuk diberikan kad warga asing seperti diumumkan, baru-baru ini.

Katanya, terdapat empat kategori pendatang asing di Sabah iaitu pendatang asing tanpa izin (PATI), pelarian, kanak-kanak atau orang tanpa kerakyatan serta mereka yang telah mendapatkan kad pengenalan secara haram atau tidak sah.



“Hamzah mesti berterus-terang sama ada kad pengenalan dicadangkan untuk warga asing di Sabah ini adalah untuk kategori pendatang iaitu pelarian.

“Jika begitu, tidak ada bezanya dengan PSS (Pas Sementara Sabah) yang dibatalkan (ketika pemerintahan kerajaan lalu).

“Kerajaan dan pemimpin kemudiannya perlu memohon maaf dan menjelaskan kepada rakyat betapa mereka telah mengelirukan dan membohongi orang ramai selama ini tentang isu PSS,” katanya dalam kenyataan.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran, berkata jika cadangan kad pengenalan itu hendak diberikan kepada pendatang, selain pelarian seperti orang tanpa kerakyatan, maka cadangan itu adalah lebih bahaya dan melampaui skop PSS yang dikatakan kontroversi.



“Anda memberi pengiktirafan kepada kategori pendatang baharu iaitu orang tanpa kerakyatan dengan memberi mereka kad pengenalan yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Kerajaan dan semua pemimpinnya kemudiannya mesti menjelaskan kepada rakyat apakah ini yang mereka peroleh dalam mengundi kerajaan negeri sekarang untuk berkuasa?” katanya.

Beliau berkata, bagi kategori keempat pula, UPKO sebelum ini lantang dan konsisten menuntut penggantian kad pengenalan semasa di Sabah.

Dengan langkah itu, katanya, warga asing yang telah memperoleh kad pengenalan secara haram dan menjadi warganegara dalam proses itu boleh disingkirkan dari negeri ini.



“Ini juga merupakan masalah yang sangat serius di Sabah kerana mereka telah menjadi warganegara dan juga telah mengundi dalam beberapa pilihan raya umum seperti yang didedahkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah,” katanya. FMT

Siapa ‘orang asing’ mahu diberi kad warga asing? Madius soal Hamzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran



Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker