Apabila Tokti berlakon, comel bangat!

AKSI comel dan bersahaja Tokti ketika menjadi bintang undangan dalam program Sepahtu Reunion minggu lalu.

KALAU dah namanya Siti Nurhaliza, buat apa sahaja pasti akan dapat perhatian. Itulah yang berlaku kepada penyanyi tersohor negara itu apabila kemunculannya dalam program Sepahtu Reunion beberapa hari lalu dihujani komen positif peminat. Sampai trending dalam TikTok!

Hebat penangan Tokti. Apa yang menariknya, penyanyi itu juga dedahkan beliau menukar sebanyak lima persalinan pakaian sepanjang program tersebut bersiaran. Wah, ternganga dengar! Bukan biasa-biasa. Bak kata Tokti, dah macam buat konsert.

Ramai yang suka tengok kemunculan Tokti. Peminat memuji penyanyi itu kerana pandai berlakon. Maklumlah, kali terakhir beliau berlakon pun sudah berpuluh dekad lalu.

Tapi Tokti tetap merendah diri kata dirinya tak pandai berlakon. Alahai, comelnya Tokti ni.

Selain itu, peminat juga memuji kecantikan dan awet muda penyanyi ini kerana imejnya sangat comel kerana mengenakan tudung bawal. Tak dimakan usia. Untung Datuk K dapat isteri cantik.

DIVA: Romantiknya tengok Heliza Helmi dilayan bak permaisuri oleh suaminya yang buat kejutan di atas kapal layar untuk hari lahirnya baru-baru ini.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker