AS guna robot anjing pengesan kawal sempadan negara [VIDEO]

Robot tersebut berupaya merentasi semua jenis keadaan bentuk muka bumi termasuk tanah, batu, bukit dan tangga. – Ghost Robotics

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bakal menggunakan khidmat anjing robot pengesan untuk mengesan aktiviti penyeludupan dan menangkap pendatang asing tanpa izin yang memasuki kawasan barat daya sempadan negara itu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) pada minggu ini melaksanakan ujian yang menggunakan prototaip mesin seberat 45 kilogram (kg) itu di sempadan negeri Virginia dan Texas bagi menguji pelbagai peranan dalam pengawasan.

DHS dalam satu kenyataan akhbar berkata, ujian tersebut adalah berjaya dan penggunaan robot itu akan diteruskan. Jabatan itu bagaimanapun tidak berkongsi mengenai jangkaan tempoh masa robot itu akan mula digunakan.

Menurut DHS, Kenderaan Pengawasan Darat Automatik itu dicipta khas oleh sayap kajian dan pembangunan DHS, Direktorat Sains dan Teknologi (S&T).



Ia dibangunkan dengan kerjasama firma robotik lanjutan, Ghost Robotics untuk agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan (CBP) AS.

“Kawasan sempadan di selatan AS merupakan lokasi yang tidak sesuai didiami manusia dan makhluk lain. Justeru, mesin seperti ini dapat beroperasi dengan baik di sana,” kata Pengurus Program S&T, Brenda Long.

Sementara itu, Ketua Pegawai Produk Ghost Robotics, Gavin Kenneally berkata, kaki robot anjing itu amat canggih dan sensitif . Ia secara automatik dapat memperbetulkan kedudukannya ketika melalui tanah yang tidak rata.



“Ia merupakan robot berkaki empat yang lasak. Ia berupaya merentasi semua jenis keadaan bentuk muka bumi termasuk tanah, batu, bukit dan tangga,” katanya.

Robot tanpa kepala itu mempunyai ketinggian 76 sentimeter, seberat 32 kg dan boleh bergerak sejauh 12 kilometer dalam masa tiga jam menggunakan kuasa bateri. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker