Adakah Berdosa Berwuduk Dalam Keadaan Berbogel? Dibolehkan Atau Tidak? Apa Kata Pakar

Adakah Berdosa Berwuduk Dalam Keadaan Berbogel? Dibolehkan Atau Tidak? Apa Kata Pakar

ADA dalam kalangan kita yang akan mandi sebelum solat dan mengambil wuduk dalam keadaan berbogel. Adakah perbuatan itu dilarang dalam Islam?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan tidak dinyatakan bahawa ‘menutup aurat ketika berwuduk’ termasuk dalam perkara wajib mahupun sunat untuk dilakukan.

“Justeru, disunatkan baginya untuk menutup kedua-duanya kerana ia merupakan auratnya ketika bersendirian,” katanya.

Sekalipun begitu jelas Zulkifli, hukumnya adalah berbeza sekiranya seseorang itu mengambil wuduk dalam keadaan tanpa berpakaian di tempat awam.

Hal ini kerana pada waktu tersebut, sudah jelas hukumnya bahawa dia wajib menutup aurat. Ini berdasarkan kepada hadis daripada Abu Sa‘id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW:

Seorang Muslim itu hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain termasuklah ketika mengambil wuduk.

Maksudnya: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.”

Jelas zulkifli lagi, sebagai seorang penganut agama Islam, kita hendaklah sedaya upaya mengelakkan diri daripada mendedahkan aurat tanpa keperluan sekalipun kita bersendirian.

Hal ini adalah sebagaimana dinukilkan bahawa ulama mazhab Hanafi — mengikut pendapat yang sahih, — ulama mazhab Syafi‘i dan ulama mazhab Hanbali berpendapat bahawa wajib untuk menutup aurat sekalipun bersendirian (berada di tempat yang sunyi) dan jauh daripada pandangan manusia.

Manakala menurut ulama mazhab Maliki, hukumnya adalah sunat untuk menutup aurat sendiri ketika bersendirian dan ia dituntut sebagai sikap malu kepada Allah SWT dan para malaikat-Nya.

Adapun jumhur ulama pula, mereka berhujahkan bahawa arahan untuk menutup aurat itu bersifat mutlak dan juga kerana Allah SWT itu lebih layak seseorang itu untuk malu terhadap-Nya sebagaimana hadis Bahz bin Hakim yang telah disebutkan di atas.

“Justeru menutup aurat ketika bersendirian itu adalah dituntut melainkan jika terdapatnya keperluan seperti mandi, menyejukkan badan dan seumpamanya,” ujarnya.

Zulkifli menyimpulkan bahawa seseorang yang berwuduk dalam keadaan telanjang di tempat yang tertutup (yakni berseorangan) dan jauh daripada pandangan manusia, wuduknya adalah sah.

Begitu juga, jika dia berwuduk di tempat awam dan mendedahkan auratnya, wuduknya juga dikira sah. Akan tetapi dia berdosa kerana mendedahkan aurat kepada orang yang haram melihatnya.

“Sepatutnya seseorang Muslim itu hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain. Lebih-lebih lagi, berwuduk termasuk dalam perkara ibadat, maka adalah lebih baik dan afdhal dilakukan dengan cara menutup aurat,” ujarnya.

Adakah Berdosa Berwuduk Dalam Keadaan Berbogel? Dibolehkan Atau Tidak? Apa Kata Pakar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker