Penyelamat bersaing dengan masa selamatkan Rayan

Penyelamat bersaing dengan masa selamatkan Rayan

Fasa akhir misi menyelamatkan budak lelaki Maghribi, Rayan, dinantikan penuh debar buat mereka yang mengikuti perkembangan operasi itu di seluruh dunia.

Hari ini misi menyelamat budak terbabit yang terjatuh lalu terperangkap di dalam perigi sempit sedalam 32 meter itu dilaporkan semakin hampir ke penghujungnya.



Pun begitu semua pihak berharap tindakan menyelamat yang penuh risiko dan terpaksa dibuat penuh berhati-hati itu sempat menyelamatkan Rayan, 5, yang terperangkap sejak Selasa lalu.

Misi itu melibatkan kerja menggali tanah di sebelah perigi berkenaan – memandangkan ia terlalu sempit untuk dimasuki penyelamat – sehingga selari dengan kedalaman tempat Rayan terperangkap.

Penyelamat kemudian mengorek satu terowong secara melintang untuk menyelamatkan Rayan.

Petang semalam, Morroco World News melaporkan misi itu memasuki fasa akhir iaitu menebuk lubang melintang sejauh lapan meter. Ia dianggap fasa yang sangat genting dalam misi berkenaan.



Kini, pasukan penyelamat berlumba dengan masa bagi mengeluarkan Rayan.

Ada kesan luka di kepala

Rayan diberikan makanan dan dibekalkan oksigen dan minuman menerusi tiub, tetapi tidak dapat dipastikan apakah dia menjamahnya atau pun tidak.

Namun, Rayan dilaporkan masih hidup setakat laporan itu dibuat.



“Bahagian kedua misi menyelamat ini sudah hampir sampai ke penghujung… kami berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Rayan dan pengorekan (terowong) berjalan seperti dirancang,” kata ketua penyelamat Abdelhadi Tamrani, seperti dilaporkan Reuters petang ini.

Sebuah helikopter juga dilaporkan sudah bersiap sedia bagi membawa Rayan ke hospital sebaik sahaja dia dikeluarkan.

Misi berbahaya di daerah Chefchaouen itu berdepan risiko tanah runtuh, selain berdepan cabaran campuran tanah berbatu dan berpasir untuk membina terowong di tempat yang diyakini beradanya Rayan.

Rayan dilaporkan terjatuh ketika mengikut ayahnya membuat kerja baik pulih perigi berkenaan.



Sejak detik itu, ayahnya dilaporkan berkata, dia belum dapat tidur mengenangkan nasib anaknya yang masih terperangkap jauh di bawah tanah.

Rintihan emak Rayan yang disiarkan media tempatan, mengharapkan agar anaknya itu masih hidup, turut mengundang simpati orang ramai.

Pada Khamis, daripada kamera yang diturunkan menerusi perigi berkenaan, Rayan kelihatan masih hidup namun dilihat mengalami kecederaan kecil di kepala. Mk

Penyelamat bersaing dengan masa selamatkan Rayan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker