Lelaki tangkap tedung selar seberat 10kg (Video)

Lelaki tangkap tedung selar seberat 10kg (Video)

SEEKOR ular tedung selar gergasi berjaya ditangkap seorang sukarelawan berusia 40 tahun di Ao Nang, Krabi baru-baru ini selepas ia dilapor merayap-rayap di sebuah ladang kelapa sawit di daerah itu.

Aksi menewaskan tedung selar itu tular di negara Gajah Putih apabila lelaki itu berjaya menjinakkan haiwan tersebut hanya menggunakan tangan.

Ular sepanjang lima meter itu dianggarkan mencecah berat melebihi 10 kilogram dikesan selepas ia cuba bersembunyi di salah sebuah rumah penduduk.

Menurut laporan media tempatan, sukarelawan itu Sutee Naewhaad, mengambil masa lebih 20 minit untuk menangkap ular itu sebelum memasukkannya ke dalam beg.

Sutee mengatakan ular tersebut berkemungkinan besar sedang mencari pasangannya yang dikatakan telah dibunuh penduduk tempatan.

Dalam video yang tular itu Sutee dilihat bersahaja bermain-main dengan tedung selar tersebut sebelum berjaya menangkapkan di sebatang jalan.

Dia sebelum itu terpaksa menarik keluar reptilia tersebut yang bersembunyi di tepi tangki najis salah sebuah rumah penduduk. Utv

Lelaki tangkap tedung selar seberat 10kg (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker