Pas, UMNO boleh ‘rujuk semula’ jika boleh tolak ansur

SHAH ALAM – Biarpun kenyataan pemimpin tertinggi UMNO dan Pas menerusi media menunjukkan hubungan dan kerjasama kedua-dua parti menerusi Muafakat Nasional (MN) sudah hampir terkubur, namun penganalisis politik melihat ia masih boleh diselamatkan jika mereka mengenepikan ego serta sanggup kembali ke meja rundingan.

Penganalisis politik dan geostrategis, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, beliau melihat adalah tidak adil jika Pas menuduh UMNO menolak pelawaan parti berkenaan untuk bergabung bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Azmi yang juga Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) berkata, beliau berpandangan Pas hanya mahu menumpang UMNO untuk meraih kemenangan dan mengaut keuntungan dalam PRN Johor nanti kerana jentera partinya amat lemah di Johor.



“Bagaimanapun, saya berpandangan kerjasama MN masih boleh diselamatkan apabila berlaku pilihan raya membabitkan negeri dikuasai Pas seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah di mana mereka mempunyai pengaruh besar di ketiga-tiga negeri berkenaan.

“Jika Pas sanggup bekerjasama dan menyerahkan kerusinya di ketiga-tiga negeri berkenaan untuk bekerjasama dengan UMNO maka ini akan menarik perhatian UMNO. Ini kerana UMNO memerlukan Pas untuk menang kerusi di negeri berkenaan.

“Namun, bagaimana formula akan digunakan UMNO dan Pas kita belum tahu lagi. Justeru, saya melihat masih ada sinar kerjasama antara Pas dan UMNO dalam MN kerana Pas boleh menggunakan tiga negeri di mana mereka kuat untuk mengemukakan tawaran baharu kepada UMNO untuk meneruskan kerjasama,” katanya kepada Sinar Premium.

Terdahulu, media melaporkan hubungan antara Pas dan UMNO bertambah tegang apabila kedua-dua pemimpin tertinggi parti berkenaan berbalas kenyataan atau berperang menerusi media arus perdana dan media sosial.



Terbaharu, Tan Sri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir pemimpin UMNO yang seolah-olah lupa diri walaupun Pas bertungkus-lumus menyelamatkan parti itu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, tanpa berselindung Azmi menjelaskan Pas menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan UMNO dalam PRN Johor kerana sedar mereka tidak boleh bergantung harap kepada Bersatu untuk menang dalam pilihan raya nanti.

Bagaimanapun, Azmi berkata, Pas terpaksa berpaling semula kepada Bersatu kerana UMNO menolak pelawaan mereka untuk bekerjasama dalam PRN Johor.

“Kalau kita lihat Pas dan PN tiada pengaruh di Johor dan besar kemungkinan mereka akan kalah teruk sekali lagi dalam PRN Johor sama seperti apa berlaku di Melaka baru-baru ini,” katanya.



Ditanya mengenai nasib Bersatu dalam PRN Johor nanti, Azmi berkata; “Jika Melaka tidak cukup lagi menyedarkan Bersatu mengenai di mana kedudukan mereka dalam politik Malaysia sekarang, bagi saya PRN Johor akan memuktamadkannya di mana mereka memerlukan rakan politik lebih kuat sama ada bersama PH atau BN.

“Saya rasa apabila keputusan PRN Johor keluar, Bersatu kena buat keputusan tepat mengenai ke mana hala tuju dan arah politik mereka seterusnya,” katanya.

Pas, UMNO boleh ‘rujuk semula’ jika boleh tolak ansur


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker