Muhyiddin tak payah putar belit – Najib

Muhyiddin tak payah putar belit – Najib

Baru tadi, Muhyiddin membalas posting saya semalam dengan menafi dia namakan calon PPBM sebagai Ketua Menteri Sabah pada hari pencalonan.

Dia kata dia cuma beri “bayangan” siapa KM – bukan umum.

Tetapi kenapa pula pilih hari pencalonan untuk beri bayangan/namakan KM sedangkan itu cuma permulaan kempen PRN?

Memang nampak sangat niat dia dari mula ialah untuk pilih calon PPBM sebagai Ketua Menteri dan bukan dari UMNO.

Tak apa. Nak beri bayangan ataupun nak namakan.

Bahagian posting saya semalam dia nampak.

Bagaimana pula dengan dua soalan lagi dalam posting saya semalam?

Jangan buat-buat tak nampak.

Saya ulang.

Memandangkan PM8 ada membaca posting saya maka saya juga tuntut dia nafikan kenyataan yang dikeluarkan Ketua PPBM Johor minggu lepas:

“Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan Umno yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang,”

“26 Jan 2022: ‘Muhyiddin tak tanding PRN Johor bagi tumpu usaha tamatkan dominasi BN'”
https://www.malaysiakini.com/news/608544

Sila juga nafikan rakaman ini bukan suara kamu yang didakwa dari mesyuarat MKT PPBM pada 23 Feb 2020 di mana suara ini merancang untuk sogok ahli-ahli UMNO untuk menjadi parti terbesar kerajaan?

“Scheme of things”

Cuba nafikan.

Tak payah nak putar belit lagi. Niat kamu sudah kita sedar.

Jadi, kenapa pula UMNO perlu berkawan dengan pihak yang niat sebenarnya ialah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya dengan rancangan dari awal-awal lagi untuk sogok dan beli ahli UMNO?

NAJIB RAZAK

Muhyiddin tak payah putar belit – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker