Pelitup Muka Boleh Dikitar Semula Jadi Pengecas Telefon

Pelitup Muka Boleh Dikitar Semula Jadi Pengecas Telefon

TAIPEI: Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam jutaan nyawa, malah ia mengakibatkan pencemaran sisa berpunca daripada pelitup muka terpakai yang sering dibuang merata.

Baru-baru ini, sebuah firma di Taiwan cuba mengatasi masalah tersebut dengan mengitar semula pelitup muka kepada pengecas telefon tanpa wayar.



Syarikat Miniwiz menghasilkan satu mesin yang dikenali Trashpresso, yang akan memampatkan sisa pelitup muka tersebut sehingga terbentuknya plastik yang boleh digunapakai untuk bahagian pembuatan pengecas telefon.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arthur Huang, pelitup muka yang diperbuat daripada sintetik fiber plastik itu ada nilainya dan boleh dimanfaatkan semula.

“Pandemik COVID-19 telah menghasilkan banyak pembaziran. Banyak sisa sekali guna, terutamanya semua sisa plastik yang digunakan untuk melindungi diri kita. Dan sisa plastik ini, terutamanya pelitup muka, ia sebenarnya hampir 100% diperbuat daripada plastik. Ia berasaskan polipropilena (pp).

“Kita terfikir, jika kita boleh mengubah pencemaran ini daripada membuangnya, atau dibuang ke tapak pelupusan sampah, bagaimana kita boleh mengubahnya menjadi produk yang berharga semasa wabak ini? Jadi, kami berfikir untuk menggunakan ini dan mengubahnya menjadi pengecas digital tanpa wayar,” katanya.



Menurut kajian Massachusetts Institute of Technology, pandemik COVID-19 telah menghasilkan kira-kira 7,200 tan sisa perubatan setiap hari, dan kebanyakannya adalah pelitup muka.-Taiwan News

Pelitup Muka Boleh Dikitar Semula Jadi Pengecas Telefon

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah



Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker