Anak berkahwin dengan penganggur, ibu naik hantu

Wanita tersebut mengamuk di luar acara pernikahan anaknya kerana dia tidak dibenarkan menghadiri majlis tersebut. – Antara

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi tular di media sosial selepas aksinya yang naik ‘hantu’ selepas anaknya berkahwin dengan seorang penganggur tanpa keizinannya dirakam orang ramai, lapor portal Viva semalam.

Menerusi rakaman video tersebut, wanita berkenaan mengamuk di luar acara pernikahan anaknya dengan lelaki itu kerana dia tidak dibenarkan menghadiri majlis tersebut.

Wanita itu turut berasa marah kerana anaknya berkahwin tanpa pengetahuannya.

“Saya seorang diri membesarkan anak, senang-senang sahaja dia diambil oleh lelaki yang tidak bekerja. Lelaki penganggur mengambil anak saya,” kata wanita itu sambil menjerit.

Beberapa orang lelaki berkemeja corak batik yang dipercayai tetamu majlis tersebut dilihat menghalang wanita berkenaan daripada mendekati acara itu selain dia diminta meninggalkan lokasi tersebut.

“Seorang ibu yang menangggung pendidikan anaknya (sehingga belajar di peringkat tinggi), namun anaknya berkahwin dengan lelaki pengganggur tanpa pengetahuan ibunya. Ketika ingin bertemu anaknya, dia tidak dibenarkan masuk oleh keluarga pengantin lelaki,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai lokasi kejadian atau komen daripada pihak yang terlibat setakat ini. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker