Kelah RM2,500 sajian Tahun Baharu Cina

Kelah RM2,500 sajian Tahun Baharu Cina

LIPIS: Bercuti di kampung halaman sambil mengintai peluang mendapatkan ikan sungai liar berbaloi buat seorang pengurus restoran apabila memperoleh ikan kelah yang sukar didapati daripada seorang nelayan di Kuala Medang, Jelai, dekat sini.

Pengurus restoran ‘House of Patin’ di Kuala Lumpur, Ahmad Daniar Ismail, 44, berkata beliau bertuah kerana dapat kelah liar yang sukar diperoleh ketika pulang bercuti di Kampung Kuala Medang sempena Tahun Baharu Cina.

“Hasrat saya cuma untuk membeli ikan liar Sungai Jelai seperti patin, lawang, kerai, baung atau spesies lain untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Ikan liar Sungai Jelai sesuai dimasak campuran tempoyak dan kukus untuk pelanggan restoran saya.

“Namun, pagi tadi, saya didatangi seorang nelayan Sungai Jelai yang juga rakan sekampung untuk menjual ikan kelah ditangkap menggunakan jaring dipasangnya petang semalam. Ikan ini seberat 10 kilogram dan tanpa ragu-ragu, saya terus membayar RM2,500 berasaskan harga RM250 sekilogram,” katanya.

Ahmad Daniar juga memborong patin, kerai, baung dan lawang, iaitu spesies liar di Sungai Jelai berdekatan kampungnya dengan nelayan sungai berkenaan, semuanya pada harga RM3,500.

“Saya jarang dapat ikan kelah seberat ini, biasanya saya peroleh daripada nelayan sungai di sini, cuma beratnya kurang lima kilogram. Kali ini saya bernasib baik, mungkin tuah Tahun Baharu Cina yang disambut satu Malaysia.

“Petang ini, saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk memasak kelah dan ikan liar yang telah diborong ini untuk sajian pelanggan restoran saya sempena Tahun Baharu Cina, khususnya kenalan dari masyarakat Tionghua,” katanya.

Katanya, oleh kerana permintaan tinggi pelanggan untuk menikmati sajian berasaskan ikan liar Sungai Jelai, beliau berulang alik ke Kuala Medang setiap minggu untuk memborong bekalan ikan berkenaan atau dihantar rakannya ke ibu kota.

“Saya sanggup berbelanja seberapa banyak spesies liar kelah, patin, baung, kerai dan lain-lain untuk memenuhi permintaan ramai pelanggan, selain menjaga imej restoran sebagai pusat sajian makanan tradisional Pahang,” katanya. BH

Kelah RM2,500 sajian Tahun Baharu Cina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker