PrnSarawak: Dr Annuar rayu kempen bersemuka di DUN Nangka

PrnSarawak: Dr Annuar rayu kempen bersemuka di DUN Nangka

SIBU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee akan mengemukakan rayuan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di kawasan itu bagi memberi kelonggaran kepadanya mengadakan kempen bersemuka khususnya di kawasan rumah panjang.

Ini kerana katanya, DUN Nangka tidak termasuk di dalam senarai 64 kawasan yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan kempen secara fizikal kerana tiada capaian luas internet.



Dr Annuar berkata, SPR mungkin menyangka semua kawasan DUN Nangka berada di dalam bandar, namun hakikatnya masih banyak lagi kawasan yang berada di luar bandar dan menghadapi masalah liputan internet yang tidak stabil.

“Sebab itu saya akan menulis surat kepada RO untuk meminta SPR meneliti semula larangan berkempen secara bersemuka bagi DUN Nangka.

“Terdapat 34 rumah panjang di DUN Nangka dengan sebahagian daripadanya berada di luar bandar yang capaian internet tidak stabil. SPR harus melihat perkara itu,” katanya ketika ditemui di Pusat Media Jabatan Penerangan, di sini, hari ini.

Dr Annuar berkata beliau kerap ke kawasan rumah panjang dan untuk kempen PRN beliau perlu berjumpa lagi dengan pengundi di kawasan terbabit.



“Memang benar, selepas mendapati kawasan DUN Nangka tidak tersenarai di dalam kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti kempen bersemuka, saya mengambil keputusan untuk menggunakan media sosial sepenuhnya.

“Tetapi selepas diteliti, banyak lagi kawasan yang capaian internetnya kurang stabil dan saya rasakan kempen bersemuka perlu untuk saya mendekati pengundi bagi menjelaskan apa yang parti tawarkan jika diberi mandat semula,” katanya.

Ahad lalu, SPR menerusi laman sesawang rasminya memaklumkan penganjuran ceramah atau syarahan secara fizikal sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12), hanya dibenarkan di 64 kawasan DUN yang tidak mempunyai capaian Internet yang tinggi.

Antara kawasan yang dibenarkan untuk kempen secara fizikal itu adalah dua DUN yang berjiran dengan Nangka iaitu Bawang Assan dan Dudong.



Sebanyak 62 lagi kawasan yang liputan internet lemah ialah Opar, Tasik Biru, Tanjong Datu, Asajaya, Muara Tuang, Stakan, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup, Bukit Semuja, Sadong Jaya, Simunjan, Gedong, Sebuyau, Lingga, Beting Maro, Balai Ringin, Bukit Begunan dan Batang Ai.

Turut dibenarkan kawasan Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Kabong, Kuala Rajang, Semop, Daro, Jemoreng, Repok, Meradong, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Dalat, Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Pelagus, Katibas dan Bukit Goram.

Kawasan lain ialah Baleh, Belaga, Murum, Jepak, Kemena, Samalaju, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Ba’kelalan dan Bukit Sari.

Antara prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran ceramah dan syarahan secara fizikal ialah kehadiran peserta hendaklah 50 peratus daripada kapasiti premis atau maksimum 150 orang dalam satu-satu masa dan peserta yang menghadiri ceramah dihadkan kepada penduduk kampung atau rumah panjang itu sahaja.



Selain itu, parti-parti atau calon-calon yang bertanding bertanggungjawab untuk memastikan penduduk luar dari kampung atau rumah panjang tidak menghadiri ceramah atau syarahan yang dianjurkan.

Penganjur perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ceramah atau syarahan diadakan dengan tarikh, masa dan tempat hendaklah dinyatakan dalam permit untuk memudahkan pihak polis membuat pemantauan

Tempoh dua jam diberikan bagi setiap sesi ceramah fizikal dan tidak melebihi 10 malam, dengan penganjuran perlu dilakukan di lokasi tertutup seperti dewan, balai raya atau ruai serta tiada sebarang bentuk hiburan semasa berkempen.

SOP lain termasuk memakai pelitup muka, mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sepanjang masa, membenarkan hanya individu lengkap vaksin hadir dan menyediakan kaunter saringan kesihatan. BH



PrnSarawak: Dr Annuar rayu kempen bersemuka di DUN Nangka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a

PrnSarawak: Dr Annuar rayu kempen bersemuka di DUN Nangka




Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker