PRU-15, Pas sukar tarik sokongan, Bersatu tiada harapan

SHAH ALAM – Pemerhati politik berpandangan agak mustahil Bersatu dan Pas menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini mengambil kira kerugian besar yang bakal dihadapi oleh kedua-dua parti tersebut sekiranya kerajaan dibubarkan.

Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Pas misalnya tidak mungkin sanggup menumbangkan kerajaan kerana mereka dilihat sangat selesa dengan kuasa dan jawatan yang dipegang dalam kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Mereka juga belum pasti dapat kembali kedudukan tersebut kerana kemenangan dalam PRU belum pasti berpihak kepada mereka.



“Ancaman daripada Bersatu dan Pas itu hanyalah usaha parti tersebut untuk mempamerkan kekuatan mereka sebelum menghadapi PRN Johor,” katanya.

Menerusi satu sidang media bersama yang diadakan pada Sabtu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa sokongan kedua-dua parti itu kepada kerajaan persekutuan adalah bersyarat.

Pendirian mereka ditegaskan ekoran rasa kurang senang terhadap tindakan UMNO-Barisan Nasional (BN) bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Dari awal ada pihak dalam PAS dan UMNO yang tidak senang dengan Muafakat Nasional



Kerajaan pimpinan Ismail Sabri ketika ini memiliki jumlah sokongan sebanyak 115 ahli Parlimen, dengan dua parti utamanya ialah Barisan Nasional yang mempunyai 41 kerusi manakala Bersatu dan Pas pula masing-masing 32 dan 18 kerusi.Sementara itu, Penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kerajaan yang ada ketika ini berisiko tumbang sekiranya Bersatu dan Pas menarik sokongan mereka.

Katanya, kenyataan daripada dua parti itu tidak boleh diambil ringan kerana memberi peringatan kepada kerajaan bahawa sokongan terhadap Ismail Sabri bukanlah dibuat dengan begitu saja, sebaliknya bersyarat.

“Selain mempunyai jumlah kerusi yang besar, kemungkinan berlakunya perubahan kerajaan itu turut disumbangkan oleh faktor tekanan politik yang diberikan oleh UMNO terhadap Bersatu.



“Strategi UMNO untuk mengadakan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) ini didapati tidak menggembirakan PN dan ia juga dilihat sebagai usaha untuk memalukan Muhyiddin dan menekan Bersatu.

“Jadi mungkin ancaman Bersatu nak tarik ini tidak boleh dipandang ringan, kemungkinan itu ada,” katanya

Pas sukar tarik sokongan, Bersatu tiada harapan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?



Pak Nil bertemu jodoh?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker