PRNJohor: Strategi di Melaka tidak boleh digunapakai di Johor

PRNJohor: Strategi di Melaka tidak boleh digunapakai di Johor

Jentera pilihan raya negeri (PRN) BN Johor tidak seharusnya bergantung kepada sentimen kejayaan gabungan itu dalam PRN Melaka sebelum ini, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Mohamad, selaku pengarah pilihan raya BN bagi PRN Johor akan datang, berkata setiap pilihan raya umum (PRU), pilihan raya kecil (PRK) atau PRN memerlukan strategi sendiri untuk dibincangkan dengan parti komponen.

“PRN ini tidak semudah apa yang disangka. Saya tidak mahu jentera BN ambil mudah kerana terbawa-bawa dengan sentimen menang selesa di Melaka, maka kita akan menang selesa di Johor.

“Salah kalau kita anggap begitu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas rumah terbuka Tahun Baru Cina tahunan MCA di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Presiden MCA Wee Ka Siong itu menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, pemimpin tertinggi BN dan anggota kabinet termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden MIC M Saravanan, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Pekan Najib Razak dan lain-lain.

BN sebelum ini mengesahkan akan bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor tetapi Mohamad berkata soal calon atau pembahagian kerusi masih belum dibincangkan oleh majlis tertinggi gabungan itu.

“Setiap PRK, negeri dan pilihan raya umum adalah berbeza, jadi kita perlu mengatur strategi.

“Ini termasuk pembahagian kerusi dalam kalangan komponen BN,” kata Mohamad.

Pada PRU ke-14 lalu, BN Johor telah meletakkan calon daripada Umno, MCA, MIC dan Gerakan.

Sejak itu, Gerakan telah keluar daripada gabungan itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Mohamad mengulangi pendirian Umno bahawa kerajaan Johor tidak boleh terus berfungsi dalam keadaan “terancam” dengan hanya satu majoriti di Dewan, selepas Adun Kempas Osman Sapian meninggal dunia.

“Kita tidak mahu kerajaan yang sentiasa diancam, ada orang nak tekan butang.

“Bukan kita yang nak tekan butang, ada yang nak tekan butang. Tapi bila kami tekan butang, orang itu marah,” kata Mohamad.

November lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ketika membidas veteran Umno Shahrir Samad, dilaporkan berkata dia tidak takut untuk “menekan butang” dan mencetuskan kejatuhan kerajaan Johor.

Muhyiddin, yang juga penyandang Adun Gambir, mendakwa dia menentang daripada menarik balik sokongan kepada penyandang menteri besar Johor Hasni Mohammad kerana prihatin terhadap rakyat.

PRNJohor: Strategi di Melaka tidak boleh digunapakai di Johor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker