Tahun Harimau diharap bawa kemakmuran, kesejahteraan – PM

Tahun Harimau diharap bawa kemakmuran, kesejahteraan – PM

Tahun Harimau sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini diharapkan terus mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini, selain membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Bukan sekadar masyarakat Cina, perayaan ini turut disambut oleh semua bangsa di negara ini.



“Ini melambangkan perpaduan kita, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran parti MCA, di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 9.30 pagi dengan kemeja berwarna merah dan diringi isteri Muhaini Zainal Abidin, disambut Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Ismail kemudian menyertai barisan kepimpinan MCA untuk bersama-sama menggaul ‘Yee Sang’ di awal majlis itu.

Turut hadir pada majlis itu adalah barisan menteri kabinet antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein.



Turut hadir bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan terhad kepada 300 tetamu jemputan, berbanding kapasiti Dewan San Choon yang boleh memuatkan sehingga 1,500 orang.

Sambutan itu turut disiarkan secara langsung di laman Facebook parti MCA.

Majlis dimeriahkan dengan tarian singa, persembahan kebudayaan dan nyanyian. FMT



Tahun Harimau diharap bawa kemakmuran, kesejahteraan – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah



Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker