Peniaga dilarikan, diperas ugut angkara mesin bitcoin

Peniaga dilarikan, diperas ugut angkara mesin bitcoin

KLANG: Akibat salah faham berkaitan urusan jual beli mesin bitcoin, seorang peniaga dilarikan penjenayah dan diperas ugut wang berjumlah RM76,000, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun bagaimanapun diselamatkan polis selepas 17 jam dilarikan suspek dengan menaiki kenderaan.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat daripada adik mangsa berusia 37 tahun memaklumkan enam lelaki memecahkan cermin kereta miliknya di Taman Sentosa, di sini.

Katanya, suspek kemudian membawa mangsa menaiki sebuah van jenis Daihatsu dan tiga kenderan lain iaitu Perodua Alza, Perodua Myvi dan Toyota Hilux.

“Pengadu (adik mangsa) kemudian menghubungi seorang rakan abangnya itu dan bercakap dengan seorang lelaki yang meminta wang sebanyak RM76,000.

“Wang itu untuk 80 unit buah mesin bitcoin yang dijual kepada mangsa dan meminta supaya menyerahkannya di I-City Shah Alam pada pukul 9.43 pagi hari kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Jelas Hoong Fong, pihaknya menerusi maklumat dan risikan berjaya menyelamatkan mangsa di sekitar Rawang pada pukul 9.30 malam.

“Selain itu, kita menahan tiga suspek lelaki berusia 38 hingga 42 tahun di sekitar Klang, Shah Alam dan Rawang.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan usaha mengesan suspek lain sedang dijalankan,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati kejadian berpunca salah faham berkaitan urusan jual beli mesin bitcoin antara mangsa dan suspek.



“Ketika kejadian, mangsa menggunakan kereta pengadu sejak tiga hari lalu dan diletakkan di hadapan kedai adiknya itu.

“Pemeriksaan mendapati kenderaan itu retak cermin hadapan dan pintu hadapannya turut kemek,” katanya.

Kata Hoong Fong, ketiga-tiga suspek direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 dan 384 Kanun Keseksaan. Utusan

Peniaga dilarikan, diperas ugut angkara mesin bitcoin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker