Nelayan panik dikejar makhluk laut mata menyala

BRASILIA, Brazil – Seorang nelayan di Brazil berdepan detik cemas apabila dikejar oleh seekor makhluk misteri dengan mata menyala ketika keluar menangkap ikan di laut, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Situasi mendebarkan itu dirakam oleh nelayan yang dirahsiakan identitinya ketika memecut botnya dengan laju di perairan Rio Grande do Soul, negeri selatan Brazil.

“Ia mahu menyerang saya,” demikian keterangan video berdurasi 47 saat yang dikongsinya di media sosial.

Berdasarkan paparan video, makhluk misteri itu kelihatan panjang, berwarna hitam dan mempunyai mata menyala ketika sedang mengejar nelayan malang tersebut.



Ia dilihat berenang dan menyelam beberapa kali ketika sedang mengejar mangsanya.

Meskipun bergerak pada kelajuan penuh, makhluk misteri itu mampu dan hampir menyaingi bot itu.

Beberapa pengguna media sosial memberikan reaksi seram terhadap klip tersebut.

“Adakah anda terkencing dalam seluar?” tanya seorang pengguna media sosial.



“Ini sangat menakutkan,” komen seorang lagi. – Agensi

Nelayan panik dikejar makhluk laut mata menyala


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker