Ketukan misteri ganggu penduduk Tanjung Kling

Ketukan misteri ganggu penduduk Tanjung Kling

Tanjung Kling: Susulan misteri ketukan menghantui penduduk di beberapa kampung di kawasan ini sejak minggu lalu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kini melakukan rondaan malam setiap hari.

Sidang Kampung Tanjung Kling Aziz Japar berkata, rondaan dilakukan bertujuan menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk.

“Kumpulan rondaan ini membabitkan 20 hingga 30 individu termasuk golongan pemuda yang segera memeriksa ke rumah penduduk sebaik menerima aduan.

“Kumpulan ini mampu sampai dalam beberapa minit saja ke rumah penduduk yang mengalami gangguan dan kami berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp,” katanya ditemui di Kampung Kelongkong, dekat sini.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, beliau berpendapat kejadian itu mempunyai kaitan dengan unsur mistik.

Katanya, setakat semalam sebanyak 20 kediaman penduduk termasuk di Kampung Balik Bukit, Tanjung Kling, Lereh dan Simpang Tanjung diganggu ketukan misteri itu.

“Selain mengadakan rondaan saya juga ada membuat aduan di Balai Polis Tanjung Kling berhubung kejadian dan pihak polis turut menghantar unit peronda melakukan pemantauan.

“Nasihat saya kepada penduduk agar berhati-hati dan mengadakan bacaan ayat suci al-Quran di kediaman masing-masing sebagai satu usaha memohon perlindungan Allah daripada gangguan mistik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan penduduk tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa jika berjaya menangkap individu bertanggungjawab melakukan gangguan ketukan itu. HM

Ketukan misteri ganggu penduduk Tanjung Kling


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker