Kerajaan berusaha pastikan ekonomi stabil, rakyat sejahtera – PM

Kerajaan berusaha pastikan ekonomi stabil, rakyat sejahtera – PM

KERAJAAN akan terus berusaha untuk memastikan kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan sehingga ke tahun-tahun seterusnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, atas dasar itu, rakyat diseru untuk terus bersatu hati menyokong usaha kerajaan untuk memulih dan menstrukturkan semula ekonomi negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya.

Tambah beliau lagi, ekonomi Malaysia berada pada landasan yang tepat ke arah pemulihan, berdasarkan pembukaan semula lebih daripada 90 peratus sektor ekonomi, dan kebanyakan aktiviti sosial.

“Pemulihan tersebut disokong oleh kadar vaksinasi yang tinggi dengan hampir keseluruhan populasi telah divaksinasi.

“Dengan momentum pemulihan, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berada pada landasan yang kukuh untuk terus berkembang antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus pada 2022.

“Ia selari dengan unjuran oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 6.0 peratus dan Bank Dunia pada 5.8 peratus,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Tahun Baharu Cina 2022 hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pertumbuhan berkenaan akan dipacu terutamanya oleh Bajet 2022 yang mengembang bernilai RM332.1 bilion, normalisasi dalam aktiviti ekonomi dan sosial.

Menurut beliau, penyambungan semula projek dengan kesan pengganda tinggi dan permintaan luar yang kukuh terutamanya daripada rakan dagang utama juga meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

“Semua ini sejajar dengan hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025 melalui pelbagai inisiatif yang digariskan,” katanya.

Mengulas berkenaan sambutan Tahun Baharu Cina 2022, Ismail Sabri menyeru agar semua pihak sama-sama berdoa, semoga tahun ini membawa kemakmuran, kebahagiaan dan kesihatan yang baik untuk seluruh Keluarga Malaysia.

“Selamat Tahun Baharu Cina saya ucapkan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang berketurunan Tionghua.

“Selepas dua tahun terpaksa menyambut tahun baharu dari kejauhan dan terpisah dengan keluarga, pada tahun ini masyarakat Tionghua dapat kembali meraikan Tahun Baharu Cina bersama ibu bapa dan keluarga tercinta.

Menurut beliau, peluang yang dinikmati berkenaan diharap dapat mengerat dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.

“Namun di kala bergembira, usah dilupakan
prosedur operasi standard (SOP) dalam memastikan kita semua dapat terus hidup membendung penularan wabak COVID-19.

“Terima kasih kepada seluruh masyarakat Cina yang telah berganding bahu dengan kaum-kaum lain seperti Melayu, India, Kadazan, Dusun, Murut, Iban, Bidayuh dan Melanau sebagai sebuah Keluarga Malaysia.

Menurut beliau lagi, sempena Tahun Harimau, diharap segala usaha kerajaan untuk memastikan kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan sehingga ke tahun-tahun seterusnya. E9

Kerajaan berusaha pastikan ekonomi stabil, rakyat sejahtera – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker