Kompuan RM1,000 Jika Mandi Air Banjir

RANTAU PANJANG – Tindakan kompuan sebanyak RM1,000 akan dikenakan kepada individu jika ditangkap bermain air banjir secara berkumpulan di kawasan Rantau Panjang pada tahun ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, tindakan itu merupakan salah satu usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 gelombang ketiga yang menunjukkan peningkatan di daerah ini.

Kanak-kanak di Kampung Bakong, Pasir Mas bermain air banjir selepas laluan masuk ke kampung mereka dinaiki air

Menurutnya, tindakan itu akan turut dikenakan kepada individu yang membuka gerai-gerai perniagaan seperti tahun-tahun sebelum ini setiap kali Pasir Mas dan Rantau Panjang dilanda banjir.

“Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan sekiranya berkumpul atau menyambut pesta air ketika banjir tahun ini.

“Jika tiada tindakan tegas, penduduk menganggap bermain air banjir sebagai satu kebiasaan terutamanya ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohamad Roy Suhaimi, surat pemakluman mengenai tindakan itu sudah dihantar kepada Ketua Jajahan Pasir Mas termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, polis menjangkakan orang ramai akan bermakn air banjir jika tindakan itu tidak dibendung.

“Sekiranya ada peniaga yang ingkar dengan membuka gerai-gerai jualan, kita dan PBT akan merampas dan menyita alatan perniagaan itu,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di Kampung Gual Tok Deh di sini mendapati, ada dalam kalangan kanak-kanak yang bermain air banjir selepas kampung mereka ditenggelami air.

Setiap kali tibanya musim tengkujuh limpahan air Sungai Golok yang menenggelamkan pekan Rantau Panjang umpama taman tema air terbuka.

Hal ini kerana orang ramai dari Kota Bharu sanggup turun untuk bermain air di kawasan berkenaan.

Selain Rantau Panjang, kawasan Pohon Tanjong, Pasir Mas akan turut menjadi lokasi tumpuan untuk bermain air banjir-UM

KKM cadang naikkan kompaun dari RM1,000 kepada RM10,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker