Polis buru YouTuber menyelinap masuk Sunway Lagoon



Polis buru YouTuber menyelinap masuk Sunway Lagoon

Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan yang disyaki menyelinap masuk ke dalam kawasan taman tema Sunway Lagoon serta merakam dan memuatnaik video perbuatan mereka di laman YouTube.

Ketua Polis Subang Jaya, Abd Khalid Othman berkata, kejadian itu disedari seorang pekerja taman tema berkenaan selepas melihat klip video itu di YouTube semalam, yang menceritakan bagaimana dua daripada mereka menyelinap masuk tanpa membeli tiket.

Katanya, video berkenaan dimuatnaik seorang lelaki menggunakan akaun YouTube ‘Ryaan Key’

“Suspek menceroboh masuk dengan cara melompat dari dinding pintu ‘surfbeach’ terus ke dalam kolam taman tema dengan mencampakkan telefon bimbit ke dalam kawasan taman tema.




“Suspek memperdaya pekerja taman tema dengan mengatakan tertinggal telefon bimbit di dalam taman tema lalu dibenarkan masuk seterusnya suspek terus tidak dapat dikesan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang pengguna Youtube.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi pihaknya di talian 03-56210343.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya. FMT

Polis buru YouTuber menyelinap masuk Sunway Lagoon





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Leave a Reply

Your email address will not be published.