Lelaki Maut Ketika Berjoging

Lelaki Maut Ketika Berjoging

KLUANG: Seorang lelaki yang sedang berjoging rebah sebelum meninggal dunia di kawasan rekreasi tasik Taman Seri Impian di sini, pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, sebelum itu mangsa yang berusia 35 tahun berjoging bersama-sama rakannya pada jam 7.20 petang.

“Mangsa kemudian rebah dan tidak sedarkan diri semasa tiba di kerusi yang disediakan di kawasan rekreasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

Jelasnya, pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa tidak menunjukkan berlakunya sebarang unsur jenayah atau khianat.

Mayat katanya, dibawa ke HEBHK dan diserahkan kepada Jabatan Forensik untuk urusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.-SH

Lelaki Maut Ketika Berjoging

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker