Rashid cabar Zii Jia

Rashid cabar Zii Jia

Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek melontarkan cabaran kepada pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia untuk membuktikan keputusannya bagi bergerak secara profesional adalah tepat.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, Zii Jia, 23, perlu membalas kepercayaan yang diberikan BAM dan semua pihak yang memberikan sokongan kepada dirinya dengan mempamerkan prestasi yang lebih baik sekali gus merangkul lebih banyak kejuaraan sebagai pemain profesional.

“Dia (Zii Jia) perlu buktikan walaupun dia berada di luar BAM, dia masih boleh mempamerkan prestasi terbaik. Dia mampu menghasilkan keputusan yang baik dengan menjadi juara dalam kejohanan disertainya.

“Ini juga peluang dia membuktikan yang keputusannya untuk keluar daripada BAM bukan semata-mata disebabkan wang.

“Tidak kira dia berada di dalam BAM atau di luar, yang paling penting adalah disiplin dan komitmen. Bukan senang mahu menjadi juara, dia kena jadi luar biasa, perlu buat lebih daripada orang lain.

“Bukan kata kurang tekanan boleh tunjuk prestasi terbaik, dia sebenarnya satu pakej, semua kena ada,” kata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu kepada BH Sukan.

BAM dalam satu kenyataan semalam mengesahkan badan induk itu bersetuju memberi kebenaran kepada Zii Jia dan pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei untuk beraksi dalam kejohanan antarabangsa sebagai pemain profesional.

Badan induk itu berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira rayuan yang dikemukakan kedua-dua pemain itu mengikut prosedur rasmi sebelum mencapai keputusan untuk melepaskan mereka berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui bersama.

Minggu lalu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia dan Jin Wei menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun susulan keputusan mereka untuk bergerak secara profesional. BH

Rashid cabar Zii Jia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker